Insan Mesra Resources
Friday, 3 May 2013
Model Takaful Ikhlas
Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk perhubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang peserta (Prinsipal/Pelanggan).
Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:
- Kontrak Tabarru’ di mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada Dana Risiko untuk membantu peserta lain.
- Kontrak Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful IKHLAS untuk menguruskan hal ehwal dana bagi pihak beliau.
- Model Takaful IKHLAS membolehkan penggunaan perantara sebagai satu kaedah untuk memenuhi keperluan pelanggan, pembayaran lebihan dan keuntungan dengan lebih baik, di mana sesuai, kepada para peserta dan pengiraan keuntungan yang dikongsi secara bulanan.
Monday, 22 April 2013
Tip RM | Takaful untuk satu keluarga.
Untuk satu keluarga, contohnya suami-isteri yang mempunyai 3 orang
anak, dengan bajet RM500 - apakah plan yang perlu dilanggan oleh mereka?
(a) Bahagikan RM500 kepada kesemua 5 anggota keluar jadi RM100 setiap orang.
(b) RM200 untuk suami, RM150 untuk isteri dan bakinya untuk anak-anak.
Dalam konteks pengurusan kewangan, cara (b) adalah lebih tepat
memandangkan si ayah dan ibu sebagai peneraju utama keluarga dan
sebarang musibah yang berlaku ke atas mereka akan memberi kesan yang
amat besar terhadap kewangan keluarga. Ia akan lebih besar peranan
sekiranya suami sahaja yang bekerja.
Bayangkan apabila berlaku
kematian, lumpuh atau sakit kritikal kepada si ayah, sudah tentu
pendapatan si ayah akan terjejas dan memberi kesan terhadap kewangan dan
ekonomi keluarga.
Berbanding sekiranya berlaku musibah yang
sama ke atas si anak, kesan terhadap kewangan keluarga tidak terjejas
teruk sebagaimana kesan apabila ia berlaku ke atas si ayah atau si ibu.
(Tanpa menafikan kesan dari segi emosi akan berlaku)
Justeru, pembahagian bajet cara (b) adalah lebih sesuai bagi tujuan ini, berbanding cara (a)
STIDRAJ..
antara
perkara yang saya takuti...yang membuatkan diri ini beringat2 dalam
mencari rezeki dan melibatkan diri dalam sebarang urusan makan gaji,
perniagaan dan pelaburan..
Namun ia boleh diatasi dengan Ilmu, Iman dan Taqwa...
Selidiklah sebelum melibatkan diri dalam sebarang transaksi kewangan dan perniagaan..supaya rezeki kita bersih dan tertunai haknya..
Sesungguhnya setiap sen rezeki itu ada Tujuan dan Ujian dari Allah..
Pemberian nikmat Allah kepada hambaNya yang setia (yang dikasihiNya) ialah pemberian yang diredhaiNya, tetapi....pemberian nikmat Allah kepada manusia yang melakukan maksiat dan kejahatan adalah pemberian yang tidak diredhaiNya...itulah ISTIDRAJ
Namun ia boleh diatasi dengan Ilmu, Iman dan Taqwa...
Selidiklah sebelum melibatkan diri dalam sebarang transaksi kewangan dan perniagaan..supaya rezeki kita bersih dan tertunai haknya..
Sesungguhnya setiap sen rezeki itu ada Tujuan dan Ujian dari Allah..
Pemberian nikmat Allah kepada hambaNya yang setia (yang dikasihiNya) ialah pemberian yang diredhaiNya, tetapi....pemberian nikmat Allah kepada manusia yang melakukan maksiat dan kejahatan adalah pemberian yang tidak diredhaiNya...itulah ISTIDRAJ
APABILA HARAM DAN HALAL BERCAMPUR...
Oleh
USTAZ WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN
(Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Ikhlas Sdn Bhd)
DALAM dunia perniagaan hari ini, kita kerap berhadapan dengan situasi
percampuran antara halal dan haram. Situasi ini menuntut kita mengetahui
hukum mengenainya supaya harta yang kita perolehi bersih dari
elemen-elemen yang bercanggah dengan syariah.
Prinsip asas kepada situasi ini adalah: "Apabila bercampur halal dan haram, maka ia dikira haram."
Contohnya, institusi-institusi perbankan Islam berhadapan dengan
masalah ini apabila terdapat pendeposit yang membuka akaun di institusi
berkenaan bekerja di tempat yang haram seperti kelab malam atau premis
perjudian.
Masalah ini juga dihadapi oleh pengendali takaful
apabila terdapat pihak yang ingin menyertai pelan-pelan takaful bekerja
di tempat yang haram atau syarikat-syarikat yang mempunyai aktiviti yang
bercampur.
Sebagai individu yang hidup bermasyarakat, kita
juga tidak dapat lari daripada situasi ini. Antaranya, apabila kenalan
yang bekerja di tempat yang haram menjemput kita kenduri atau jamuan.
Ataupun, kenalan kita tersebut memberikan hadiah kepada kita.
Apakah boleh kita menerima undangan dan hadiah tersebut? Bagaimana pula
sekiranya duit yang digunakan itu adalah hasil rasuah atau judi?
Terdapat perbezaan hukum bergantung kepada realiti serta sifat
keharaman itu. Jika harta haram itu diperolehi dengan menggunakan kaedah
yang halal, maka harta tersebut boleh dimanfaatkan oleh pihak yang
menerimanya.
Sebagai contoh, seseorang yang bekerja dengan
syarikat yang menawarkan produk-produk riba, pendapatannya adalah haram.
Namun, perolehan pendapatannya itu diusahakan melalui cara dan kaedah
yang harus iaitu bekerja. Maka jika individu tersebut memberi hartanya
kepada pihak kedua dengan menggunakan urus
niaga yang halal seperti
hadiah atau sedekah, maka pihak yang menerima harta berkenaan harus
menggunakannya. Ini kerana, harta haram tersebut dimiliki sendiri oleh
pengusahanya dengan cara yang sah.
Imam Ibn Taimiah dalam
Majmu' Fatawa mengistilahkan harta tersebut sebagai halal kerana pemilik
meredai harta haram berkenaan berpindah milik kepada pihak yang
mengusahakannya. Ini bermakna, pekerja kilang arak layak mendapat gaji
kerana ia berdasarkan usaha dan kerja yang dilakukan olehnya.
Dalam hal ini, pihak yang pertama tetap mendapat dosa kerana bekerja di
tempat yang haram. Namun, sesiapa yang diberi hadiah atau menerima
jemputan kenduri daripada pekerja kilang arak berkenaan boleh mengambil
dan menerimanya.
Dosa yang dilakukan oleh orang yang bekerja
di tempat yang haram itu tidak terpalit kepada pihak yang kedua secara
langsung.Ini berdasarkan beberapa hujah. Antara dalil yang boleh menjadi
rujukan adalah firman Allah SWT:
Dan tiadalah (kejahatan)
yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja
yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan
memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya
sahaja)…(al-An'am: 164)
Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah
r.a: Barirah telah diberikan daging. Rasulullah SAW datang dan bekas
masakan berada di atas dapur. Lalu Nabi SAW dihidangkan dengan roti dan
lauk yang telah sedia ada di rumah (tanpa hidangan daging tersebut).
Rasulullah SAW bertanya,
"Bukankah tadi aku melihat ada bekas masakan di atas dapur yang di dalamnya ada daging?"
Mereka menjawab, "Ya, wahai Rasulullah. Daging itu ialah daging yang
telah disedekahkan kepada Barirah. Kami merasa tidak senang untuk
memberikan daging tersebut kepadamu (disebabkan Rasulullah tidak
menerima sedekah). Lalu Baginda SAW menjawab,
"Pemberiannya kepada Barirah adalah sedekah, dan pemberian Barirah kepada kita adalah hadiah". (riwayat Muslim)
Hadis ini menunjukkan bahawa urusan pertama tiada kaitan dengan urusan
kedua. Sekiranya pihak yang pertama memperolehi harta secara haram, dosa
berkenaan tidak terkena kepada pihak kedua yang melakukan urusan secara
halal dengan pihak yang pertama.
Mazhab Hanafi meletakkan kaedah perpindahan milik memestikan perubahan 'ain dari sudut hukum sekalipun 'ainnya adalah sama.
Majlis Pelancaran
Anugerah & Penghargaan
2013-2014
Konvesyen Ejen Kebangsaan - Pulau Tioman, Pahang Darul Makmur
Syarat-Syaratnya :
Penghasilan Sumbangan Baru Tahun Pertama (NBFYC) - RM 30, 000.00
@
Sumbangan Tahun Pertama (FYC) - RM 40, 000.00
Bilangan Kes 18
Kadar Persistensi (PR) - 80 %
Anugerah
- 1 tiket Konvesyen Ejen Kebangsaan 2013/2014, Pulau Tioman.
- Sijil Anugerah Million Dollar Club.
- Penyampaian sijil dibuat di Majlis Konvesyen Ejen Kebangsaan 2013/2014
Konvesyen Ejen Luar Negara - Ho Chi Minh, Vietnam
Syarat-Syaratnya :
Penghasilan Sumbangan Baru Tahun Pertama (NBFYC) - RM 50, 000.00
@
Sumbangan Tahun Pertama (FYC) - RM 70, 000.00
Bilangan Kes 18
Kadar Persistensi (PR) - 80 %
Anugerah
- 1 tiket Konvesyen Luar Negara, Ho Chi Minh, Vietnam
- Sijil VIP Million Dollar.
- Penyampaian sijil dibuat di Majlis Konvesyen Luar Negara Ho Chi Minh 2013/2014
Konvesyen Ejen Luar Negara - Umrah & Ziarah
Syarat-Syaratnya :
Penghasilan Sumbangan Baru Tahun Pertama (NBFYC) - RM 75, 000.00
@
Sumbangan Tahun Pertama (FYC) - RM 100, 000.00
Bilangan Kes 18
Kadar Persistensi (PR) - 80 %
Anugerah
- 1 tiket Konvesyen Luar Negara, Umrah
- Jemputan menghadiri Majlis Makan Malam Anugerah Ejen untuk penerima anugerah dan pasangan (atau penjaga).
- Sijil Anugerah MDRT Aspirant Club-Silver
- Piala Kecemerlangan
- Penyampaian sijil dibuat di Majlis Konvesyen Luar Negara, Umrah.
- Pelan perlindungan manfaat Takaful Perubatan Berkumpulan "Choice Plus" pelan 150.
Konvesyen Ejen Luar Negara - Venice, Italy
Syarat-Syaratnya :
Penghasilan Sumbangan Baru Tahun Pertama (NBFYC) - RM 100, 000.00
@
Sumbangan Tahun Pertama (FYC) - RM 150, 000.00
Bilangan Kes 18
Kadar Persistensi (PR) - 80 %
Anugerah
- 1 tiket Konvesyen Luar Negara,Itali
- Jemputan menghadiri Majlis Makan Malam Anugerah Ejen untuk penerima anugerah dan pasangan (atau penjaga).
- Sijil Anugerah MDRT Aspirant Club-Gold
- Piala Kecemerlangan
- Penyampaian sijil dibuat di Majlis Konvesyen Luar Negara, Itali.
- Pelan perlindungan manfaat Takaful Perubatan Berkumpulan "Choice Plus" pelan 220.
Sunday, 21 April 2013
Kalimah "Bismillahir Rahman nir Rahim" – dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang – sentiasa menjadi sebutan kita. Namun
ketika musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan
kekalahan melanda diri, mungkin hati kecil kita tertanya-tanya, mengapa?
Mengapa Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mentakdirkan begitu?
Sudah sirnakah kasih-sayangNya?
Jangan. Jangan begitu. Dalam apa jua keadaan pun kita wajib yakin bahawa
takdir Allah pasti mengandungi banyak hikmah dan kebaikan. Istilah
buruk, hanya ada dalam rumus pemikiran manusia. Manakala di sisi Allah,
segalanya punya maksud baik walaupun kekadang pada zahirnya tidak
begitu. Kelihatannya sangat pahit, tetapi ia manis dan indah. Hanya
apabila hikmahnya dapat dicungkil, insya-Allah.
Mengetahui dan merasai hikmah sesuatu musibah akan dapat meringankan
beban perasaan dan menjawab banyak tanda tanya dalam jiwa terhadap
perkara-perkara yang tidak selari dengan kehendak kita. Ia adalah syarat
bahagia dan ketenangan jiwa. Apa pun, hanya mereka yang sempurna akal
dan penelitiannya sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang tersirat di
sebalik cubaan dan bala yang menimpa.
Justeru seorang ahli hikmah, Ibn Ataillah Askandari pernah berkata,
"Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam
takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata
hati seseorang." Tegasnya, apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik
walaupun kelihatannya pahit. Beliau berkata lagi, "Bila Allah menguji
orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati,
dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu
petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek."
Ya, yang penting dalam musibah yang menimpa umat Islam kini ialah
bagaimana kita bangun kembali setelah diuji. Kata bijak pandai: "It is not how low you fall but how high you bounce back!"
Tegasnya, musibah-musibah yang datang bertubi-tubi ke atas umat Islam
kini ialah untuk menyerlahkan siapakah di antara kita umat Islam sebenar
dan siapa pula umat Islam yang menyamar?
Hanya umat Islam yang benar-benar berpegang dan mengamalkan kebenaran
sahaja akan diberi kemenangan dalam menghadapi musuh-musuhnya. Musibah
adalah kaedah Allah untuk menyerlahkan siapa yang benar itu. Mereka yang
memohon keampunan lalu diberikan keampunan dan dibebaskan daripada
kesempitan.
Sabda Rasulullah saw: "Barangsiapa yang memperbanyakkan
istighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan, dan memberi
jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi brezeki dari arah yang
tidak disangka-sangkanya." HR Abu Daud.
Subscribe to:
Posts (Atom)