APABILA HARAM DAN HALAL BERCAMPUR...
Oleh
USTAZ WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN
(Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Ikhlas Sdn Bhd)
DALAM dunia perniagaan hari ini, kita kerap berhadapan dengan situasi
percampuran antara halal dan haram. Situasi ini menuntut kita mengetahui
hukum mengenainya supaya harta yang kita perolehi bersih dari
elemen-elemen yang bercanggah dengan syariah.
Prinsip asas kepada situasi ini adalah: "Apabila bercampur halal dan haram, maka ia dikira haram."
Contohnya, institusi-institusi perbankan Islam berhadapan dengan
masalah ini apabila terdapat pendeposit yang membuka akaun di institusi
berkenaan bekerja di tempat yang haram seperti kelab malam atau premis
perjudian.
Masalah ini juga dihadapi oleh pengendali takaful
apabila terdapat pihak yang ingin menyertai pelan-pelan takaful bekerja
di tempat yang haram atau syarikat-syarikat yang mempunyai aktiviti yang
bercampur.
Sebagai individu yang hidup bermasyarakat, kita
juga tidak dapat lari daripada situasi ini. Antaranya, apabila kenalan
yang bekerja di tempat yang haram menjemput kita kenduri atau jamuan.
Ataupun, kenalan kita tersebut memberikan hadiah kepada kita.
Apakah boleh kita menerima undangan dan hadiah tersebut? Bagaimana pula
sekiranya duit yang digunakan itu adalah hasil rasuah atau judi?
No comments:
Post a Comment