Wednesday, 17 April 2013

Melangkah maju dengan IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful - satu pelaburan yang memberi manfaat sepanjang hayat.



PENGENALAN
Kini, hanya dengan sekali caruman sahaja, anda berpeluang mendapatkan pulangan yang lebih lumayan ke atas pelaburan anda menerusi IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful, iaitu sebuah pelan yang memberikan tambah nilai kepada modal serta perlindungan secara serentak. Terdapat tiga (3) jenis dana untuk pelaburan, yakni Dana Pertumbuhan, Dana Seimbang serta Dana Pendapatan Tetap.
APAKAH MANFAAT YANG DITAWARKAN OLEH IKHLAS CAPITAL INVESTMENT-LINKED TAKAFUL?

CAPITAL INVESTMENT-LINKED TAKAFUL?

1.Pulangan & Perlindungan Tertinggi ke atas Pelaburan Anda
Untuk sekali sahaja bermula dengan pelaburan RM5,000.00, anda sebenarnya telah mengorak langkah pertama ke arah perancangan kewangan yang berhemat dengan perlindungan yang diperlukan sekiranya berlaku sebarang bencana yang membawa kepada kematian atau Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD).

2. Faedah Kematian atau TPD*
Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta, 100% daripada Jumlah Perlindungan (bersamaan dengan 125% daripada caruman tunggal campur amaun tambah nilai tolak pengeluaran atau nilai dana terkumpul dalam semua dana saham, bergantung kepada yang mana lebih tinggi) akan dibayar kepada peserta ataupun keluarga terdekat.

* Tertakluk kepada syarat
MENGAPA IKHLAS CAPITAL INVESTMENT-LINKEDTAKAFUL?
1. Pengeluaran Wang Tunai
Amaun pengeluaran minimum ialah RM500.00. Pengeluaran
separa adalah tertakluk kepada baki minimum sebanyak RM3,000.00 dalam semua dana amanah. Caj untuk urus niaga pengeluaran adalah seperti berikut (tertakluk kepada caj maksimum sebanyak RM50.00 untuk setiap pengeluaran).:

 

Tahun
Caj Pengeluaran
1 2 3 Selepas Itu
Caj
3%
2%
1%
0%
 
 


 
2.Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa, tertakluk kepada syarat berikut:
Amaun Minimum: RM500.00
Amaun Maksimum: 5 kali caruman tunggal untuk
                                     setiap tahun

Penambahan sumbangan akan digunakan untuk membeli
saham pelaburan tambahan dan/atau perlindungan tambahan.

3.Penamatan
Sijil Perakuan akan tamat setelah diserahkan atau apabila bayaran kematian atau TPD dibuat.

4.Fi Tukar Ganti
(setiap tahun sijil perakuan)
Tukar Ganti pertama : Percuma
Tukar Ganti berikut : RM50.00 untuk setiap tukar ganti

5.Syarat dan Had Umur
Umur Penyertaan
Pemilik Sijil Perakuan: 18 - 60 tahun, umur pada hari jadi berikutnya.
Peserta : 1 - 60 tahun, umur pada hari lahir berikutnya
Had Penyertaan
Minimum -    RM5,000.00.
Maksimum - tertakluk kepada keputusan penaja jaminan
                    gandaan RM500.00
 
Tempoh Tamat
Apabila peserta mencapai umur 80 tahun, umur pada hari lahir berikutnya
 
Jumlah
125% daripada caruman tunggal campur Perlindungan amaun tambah nilai tolak pengeluaran atau nilai dana terkumpul, bergantung kepada yang mana lebih tinggi.

KENAPA TAKAFUL IKHLAS?
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) adalah anak syarikat MNRB Holdings Bhd. Operasi perniagaan kami adalah berlandaskan kepada prinsip Syariah.Kami turut memberi keutamaan dalam memastikan agar semua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan.Kami percaya kepada falsafah “memudahkan urusan perniagaan” kepada rakan perniagaan kami yang paling utama – para pelanggan kami.

Kami menggunapakai kontrak “Tabarru’”, di mana peserta bersetuju menderma peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada dana risiko untuk membantu peserta lain. Model Wakalah (Model Takaful IKHLAS) kami memastikan pesertaakan mendapat manfaat daripada keuntungan pelaburan dan lebihan dalam dana risiko.

Model Takaful IKHLAS membolehkan sebahagian besar daripada akaun peserta digunakan bagi tujuan pelaburan di mana ia dapat memberikan kadar pulangan yang optimum. Ia juga menyediakan peruntukan yang lebih kerap bagi pendapatan pelaburan dan lebihan kepada akaun pelaburan peserta. Pelaburan semula dengan segera bagi pendapatan pelaburan dan lebihan mampu menghasilkan jumlah pulangan yang lebih baik kepada para peserta.

sumber : http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/takafulKeluarga/basicCapital.asp 

No comments:

Post a Comment