Wednesday, 17 April 2013



Mengenai IKHLAS Savings Takaful Plus
-Perancangan yang menjamin masa depan anda........

CAPAI IMPIAN ANDA
Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk anda mencapai impian dan cita-cita. IKHLAS Savings Takaful Plus merupakan pelan pelaburan yang menyediakan dana simpanan yang membantu anda menyimpan secara sistematik untuk mengoptimumkan kadar pulangan pelaburan anda secara selamat.
Realisasikan impian dan capai cita-cita anda kerana anda tahu, walau apa pun terjadi, simpanan anda untuk mereka yang tersayang terjamin.

APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS SAVINGS TAKAFUL PLUS?
Pelan ini menggunakan dua (2) elemen utama iaitu Tahap Perlindungan Bertempoh dan Akaun Pelaburan. Pelan ini memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut:
IKHLAS SAVINGS TAKAFUL memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut :
Manfaat Kematian atau Keilatan Kekal Menyeluruh (TPD)(Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)

Pelan ini akan memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap Peserta sebelum tempoh matang Sijil. Jumlah Perlindungan termasuk baki di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) akan dibayar kepada waris Peserta, keluarga terdekat (untuk kes kematian) atau Peserta (untuk kes TPD).

Manfaat Kematian atau TPD semasa dalam perjalanan menggunakan kenderaan awam atau sebagai mangsa daripada perbuatan jenayah
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)Sekiranya berlaku kematian atau TPD Peserta disebabkan oleh kemalangan semasa dalam perjalanan menggunakan kenderaan awam atau sebagai mangsa tindakan jenayah, dua (2) kali Jumlah perlindungan termasuk baki di dalam PIA akan dibayar kepada waris Peserta, keluarga terdekat (untuk kes kematian) atau Peserta (untuk kes TPD).

Manfaat Serahan Sijil (Manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil diserahkan, Peserta akan menerima jumlah baki di dalam PIA, jika ada, setelah ditolak caj serahan seperti yang dinyatakan di dalam Sijil.

Manfaat Matang (Manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil telah mencapai tempoh matang, Peserta akanmenerima jumlah baki di dalam PIA, jika ada.

MENGAPA IKHLAS SAVINGS TAKAFUL PLUS?

Pengeluaran Wang Tunai
Pengeluaran sebahagian wang tunai boleh dilakukan daripada PIAsetelah Sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya lima (5) pengeluaran sahaja dibenarkan sepanjang tempoh Sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran seperti yang dinyatakan di dalam Sijil, akan dikenakan ke atas PIA bagi setiap pengeluaran.

Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan boleh ditambah pada hari pertama Sijil berkuatkuasa sekiranya Sumbangan tahun itu tidak tertunggak. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM 50 di mana Jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam PIA peserta.

Peruntukan Lien
Sekiranya berlaku kematian atau TPD sebelum Peserta berumur lima (5) tahun pada harijadi berikutnya, dan tertakluk kepada terma dan syarat-syarat Sijil, Jumlah Perlindungan akan dibayar mengikut jadual berikut:

Umur Kematian(Hari Lahir Seterusnya)
Peratus Jumlah Perlindungan yang Perlu Dibayar
1 Tahun
20 %
2 Tahun
40 %
3 Tahun
60 %
4 Tahun
80 %
5 Tahun ke atas
100 %
SYARAT DAN HAD UMUR

Umur Kemasukkan:                        30 hari - 60 tahun, umur pada harijadi akan datang, lelaki/perempuan                                                           Perlindungan TPD hanya boleh didapati untuk Peserta di bawah umur                                                            65 tahun
Jumlah Perlindungan:
Minimum:                                           RM 10,000
Maksimum                                         Tertakluk kepada keputusan pengunderaitan (Bagi Peserta yang                                                            berumur kurang daripada 14 tahun, Jumlah Perlindungan maksimum                                                            adalah RM 150,000)

Jumlah Sumbangan:
Minimum :                                          RM 600
Maksimum :                                       Tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan

Umur Matang:
Sehingga 75 tahun, umur pada harijadi akan datang

Tempoh Perlindungan:
Minimum :      5 tahun (Untuk Peserta di bawah umur 14 tahun, umur matang                                        
                     minimum ialah 19 Tahun)
Maksimum:      74 tahun

MENGAPA IKHLAS SAVINGS TAKAFUL PLUS?
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) adalah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.Operasi perniagaan dan pengurusan kami adalah berlandaskan kepada prinsip syariah.Kami memberikan keutamaan dalam memastikan kesemua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan kerana kami berpegang kepada falsafah “kemudahan berurusan” dengan semua rakan perniagaan kami terutamanya - Pelanggan kami.
Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful

IKHLAS telah memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami.Wakalah adalah satu bentuk hubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang Peserta (Prinsipal/Pelanggan). Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:

a) Tabarru’ - adalah derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta dan akan digunakan untuk membantu Peserta yang ditimpa musibah.

b) Wakalah - bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Peserta di mana Peserta melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta.

sumber : http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/takafulKeluarga/basicSavingsPlus.asp

























 























No comments:

Post a Comment