Rider Takaful Bagi Pelan Individu Takaful Keluarga
-Hidup penuh dengan ketidaktentuan, tetapi kami sentiasa melindungi anda..............
IKHLAS ACCIDENTAL DEATH AND DISABLITY TAKAFUL RIDER PLUS
- Melindungi dan membantu anda tatkala musibah melanda
APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS ACCIDENTAL DEATH AND DISABILITY TAKAFUL RIDER PLUS????
1. Manfaat Kematian akibat kemalangan
(manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Risiko & dana khas)
Apabila berlaku kematian terhadap Peserta akibat kemalangan di dalam tempoh sijil masih berkuatkuasa, Jumlah perlindungan termasuk baki didalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan di bayar kepada waris Peserta atau keluarga terdekat.
Jikalau Peserta meningal dunia disebabkan oleh kemalangan semasa dalam perjalanan menggunakan kenderaan awam atau sebagai mangsa tindakan jenayah, dua (2) kali jumlah perlindungan termasuk baki dalam PRIA akan dibayar kepada waris Peserta atau keluarga terdekat.
2. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh (TPD) Akibat Kemalangan
(manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)
Apabila berlaku keilatan kekal dan menyeluruh (TPD) terhadap peserta akibat kemalangan didalam tempoh Sijil masih berkuatkuasa, Jumlah perlindungan termasuk baki di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada peserta.
Jikalau TPD adalah disebabkan oleh kemalangan semasa dalam perjalanan menggunakan kenderaan awam atau sebagai mangsa tindakan jenayah, dua(2) kali Jumlah Perlindungan termasuk baki didalam PRIA akan dibayar kepada peserta.
3. Manfaat Hilang Upaya Separa dan Kekal (PPD) Akibat Kemalangan
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)
Sekiranya berlaku hilang upaya separa dan keakl akibat kemalangan terhadap Peserta dalam tempoh pegangan Sijil, Jumlah Perlindungan yang berdasarkan Jadual Indemniti, seperti yang dinyatakan dalam Sijil, akan dibayar kepada Peserta.
Peserta boleh membuat lebih daripada satu daripada tuntuan di bawah faedah PPD, dengan syarat jumlah tidak melebihi 100% daripada Jumlah Perlindungan. Sijil Peserta masih berkuatkuasa sehingga 100% Jumlah Perlindungan dituntut oleh Peserta dalam tempoh perlindungan tersebut, atau sehingga tamat tempoh.
4. Manfaat Serahan Sijil
(manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil diserahkan, Pemilik sijil akan menerima jumlah baki di dalam PRIA, JIKA ADA..
5. Manfaat Matang
(Manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil telah mencapai tempoh matang, Pemilik Sijil akan menerima jumlah baki PRIA, jika ada.
6. Syarat dan Had Umur
30 hari - 60 tahun, umur pada harijadi akan datang
Pekerjaan Kelas 1, 2, 3, dan 4 (peserta yang berumur kurang daripada 18 tahun akan dikelaskan sebagai Pekerjaan Kelas 2)
Jumlah Perlindungan :
Minimum - RM10, 000 Jumlah Perlindungan
Maksimum - 5x Jumlah Perlindungan Asas, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan.
Tempoh Perlindungan
Minimum - 5 tahun
Maksimum - Peserta berumur 64 tahun atau pabila mencapai 65 tahun, tertakluk kepada maksimum Pelan Asas.
IKHLAS Comprehensive Personal Accident Benefit Takaful Rider Plus
- Sentiasalah bersedia tatkala kemalangan menimpa
APAKAH YANG DILINDUNGI OLEH IKHLAS COMPREHENSIVE PERSONAL ACCIDENT BENEFIT TAKAFUL RIDER PLUS?
Manfaat Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) ) (Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko dan Dana Khas)
Sekiranya berlaku kematian atau TPD akibat dari kemalangan ke atas Peserta dalam tempoh Sijil, Jumlah Perlindungan dan juga baki di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) Peserta akan dibayar kepada waris Peserta atau keluarga terdekat (untuk kes kematian) atau kepada Peserta (jika Peserta mengalami TPD).
Manfaat Keilatan Separa dan Menyeluruh (PPD)
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko dan Dana Khas)
Sekiranya berlaku PPD kepada Peserta yang disebabkan sepenuhnya dan secara langsung oleh kecederaan anggota badan akibat dari kemalangan di dalam tempoh Sijil, Peratusan Jumlah Perlindungan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Pampasan selepas ditolak sebarang jumlah yang dibayar di bawah manfaat TTD dan PTD yang disebabkan oleh kemalangan yang sama, akan dibayar kepada Peserta.
Agregat semua peratusan yang perlu dibayar berkenaan sebarang kemalangan tidak boleh melebihi 100%. Sekiranya 100% manfaat telah dibayar, Rider ini akan dihentikan berkuat kuasa dengan serta-merta. Semua pampasan lain yang kurang daripada 100% jika telah dibayar boleh mengurangkan perlindungan dengan nisbah amaun yang dibayar dari tarikh kemalangan sehingga berakhirnya tempoh Sijil.
Manfaat Pembayaran Balik Perbelanjaan Perubatan dan Pembedahan (MSER)
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko dan Dana Khas)
Sekiranya Peserta dimasukkan ke hospital dan menjalani Pembedahan akibat kecederaan anggota badan yang disebabkan oleh kemalangan dalam tempoh 24 jam dari masa kecederaan Peserta boleh mengemukakan tuntutan ke atas Perbelanjaan Perubatan dan sebarang kos yang mana munasabah dan yang diperlukan, yang telah dibayar oleh Peserta kepada Doktor dan/atau hospital yang berdaftar. Pembayaran balik tuntutan ini terhad kepada 5% daripada Jumlah Perlindungan Kematian untuk setiap kemalangan.
Nota: Pembedahan didefinisikan sebagai pembedahan kecil dan besar berpandukan kepada “Jadual MMA Edisi ke-4 2002”, atau yang lebih baru.
Manfaat Keilatan Sementara dan Menyeluruh (TTD) (Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko dan Dana Khas)
Sekiranya berlaku TTD kepada Peserta yang disebabkan sepenuhnya dan dengan secara langsung oleh kecederaan anggota badan akibat dari kemalangan, manfaat mingguan sebanyak 0.6% daripada Jumlah Perlindungan Kematian akan dibayar kepada Peserta sekiranya kecacatan menghalang Peserta daripada melakukan sebarang bentuk perniagaan atau pekerjaan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari berturut-turut.
Manfaat Keilatan Sementara dan Sebahagian (PTD) (Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko dan Dana Khas)
Sekiranya berlaku PTD kepada Peserta yang disebabkan sepenuhnya dan dengan secara langsung oleh kecederaan anggota badan akibat dari kemalangan, manfaat mingguan sebanyak 0.2% daripada Jumlah Perlindungan Kematian akan dibayar kepada Peserta sekiranya kecacatan menghalang Peserta daripada melakukan sebahagian besar dariperniagaan atau pekerjaannya sekurang-kurangnya tujuh (7) hari berturut-turut.
Manfaat Pembayaran Balik Perubatan Pesakit Luar (OMRB) (Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko dan Dana Khas)
Sekiranya Peserta menerima rawatan perubatan pesakit luar ke atas kecederaan anggota badan yang disebabkan oleh kemalangan dalam tempoh 24 jam dari masa kecederaan, Peserta boleh mengemukakan tuntutan Perbelanjaan Perubatan dan sebarang kosperubatan rawatan pesakit luar yang munasabah dan yang diperlukan, yang telah dibayar oleh Peserta kepada Doktor dan atau hospital yang berdaftar. Pembayaran balik tuntutan ini terhad kepada 1% daripada Jumlah Perlindungan Kematian.
(Manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil matang, Peserta akan menerima jumlah baki di dalam PRIA, jika ada.
Manfaat Penyerahan Sijil
(Manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil diserahkan, Peserta akan menerima jumlah baki di dalam PRIA, jika ada.
SYARAT DAN HAD UMUR
Umur kemasukan:
1 (30 hari) - 60 tahun, umur pada harijadi akan datang
Pekerjaan Kelas: 1, 2, 3 dan 4 (Peserta yang berumur kurang daripada 18 tahun akandikelaskan sebagai pekerjaan kelas 2)
Tempoh Perlindungan:
Minima - 5 tahun
Maksima - Mencapai umur 65 tahun atau tempoh Sijil Asas
Had Perlindungan:
Minima - RM30,000
Maksima -
16 tahun atau ke bawah:
• RM150,000 atau 5 x jumlah perlindungan asas, yang mana lebih rendah. 17 tahun atau ke atas:
• RM250,000 atau 5 x jumlah perlindungan asas, yang mana lebih rendah.
MENGAPA IKHLAS COMPREHENSIVE PERSONAL ACCIDENT BENEFIT TAKAFUL RIDER PLUS?
Memberi pelbagai pampasan kewangan untuk kecacatan, kos perubatan dan kecederaan disebabkan oleh kemalangan.
b) Indemniti Mingguan
Peserta akan menerima manfaat mingguan jika berlaku kecederaan disebabkan oleh kemalangan yang mengakibatkan Peserta terhalang untuk melakukan sebahagian besar pekerjaannya sekurang-kurangnya selama tujuh (7) hari berturut-turut.
Rujuk Jadual Kadar Sumbangan Tahunan
Kadar di bawah mengandaikan bahawa Peserta yang dicadangkan tiada masalah perubatan/ kesihatan, risiko pekerjaan atau tabiat yang mungkin memerlukan Sumbangan tambahan.Sumbangan pembaharuan adalah tidak dijamin dan pihak Takaful IKHLAS berhak untuk menyemak kadar Sumbangan setiap Peserta untuk pembaharuan berikutnya berdasarkan pengalaman tuntutan untuk keseluruhan portfolio. Syarikat akan memberi 3 bulan notis bertulis kepada Pemilik Sijil sekiranya berlaku penyemakan semula Sumbangan atau penarikan-balik portfolio. Sumbangan boleh diubah sekiranya pengalaman tuntutan semakin meningkat, terdapat perubahan terhadap sebarang manfaat produk dan/atau profil risiko Peserta.Sebab-sebab untuk perubahan ini adalah tidak terhad dan Sumbangan juga boleh disemak-semula di atas alasan-alasan lain yang munasabah.
IKHLAS CRITICAL ILLNESS TAKAFUL RIDER PLUS
-Memberikan anda sokongan di saat-saat yang diperlukan
KEHIDUPAN PENUH DENGAN KETIDAKTENTUAN. KAMI MELINDUNGI ANDA
Pelan Rider ini menyediakan perlindungan kewangan seandainya anda didiagnos menghidap penyakit kritikal seperti yang dinyatakan di dalam Sijil.Pelan Rider ini hanya boleh disertakan dengan Pelan Asas.
APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS CRITICAL ILLNESS TAKAFUL RIDER PLUS?
Pelan ini memberi perlindungan berikut:Manfaat Penyakit Kritikal
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)
Pelan Rider ini akan melakukan pembayaran 100% daripada Jumlah Perlindungan Penyakit Kritikal (CISC) sebaik sahaja Orang Yang Dilindungi disahkan menghidap penyakit kritikal seperti yang disenaraikan di dalam Sijil. Pelan ini boleh didapati dalam dua (2) bentuk:
i) Pelan Pra-Bayar yang menyediakan pembayaran sekaligus CISC pra-bayar daripada Jumlah Perlindungan asas apabila Orang Yang Dilindungi disahkan menghidap penyakit kritikal. Tuntutan di bawah Rider ini akan mengurangkan Jumlah Perlindungan Pelan Asas.
ii) Pelan Tambahan yang menyediakan sekaligus pembayaran CISC tidak bergantung kepada Sijil asas. Pembayaran yang dibuat di bawah Rider ini tidak akan mengurangkan Jumlah Perlindungan Pelan Asas.
Manfaat Serahan Sijil
(Manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil diserahkan, Pemilik Sijil akan menerima jumlah baki di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA), jika ada.
Manfaat Matang
(Manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil telah mencapai tempoh matang, Pemilik Sijil akan menerima jumlah baki di dalam PRIA, jika ada.
SYARAT DAN HAD UMUR
Umur Kemasukan:
Minimum – 30 hari, umur pada harijadi akan datang
Maksimum – 60 tahun, umur pada harijadi akan datang, untuk perlindungan tambahan
70 tahun, umur pada harijadi akan datang, untuk perlindungan pra-bayar
Jumlah Perlindungan:
Minimum – RM 10,000
Maksimum – Bersamaan dengan Perlindungan Pelan Asas, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan
Umur Matang:
Apabila Orang Yang Dilindungi mencapai 65 tahun untuk perlindungan tambahan, 75 tahun untuk perlindungan pra-bayar
Tempoh Perlindungan:
Minimum – 5 tahun
Maksimum – 64 tahun untuk perlindungan tambahan, 74 tahun untuk perlindungan prabayar, tertakluk kepada Pelan Asas
MENGAPA IKHLAS CRITICAL ILLNESS TAKAFUL RIDER PLUS?
1. Definasi TPD adalah berdasarkan kepada “Pekerjaan Sendiri atau Pekerjaan yang Sesuai”.
2. Manfaat keilatan kekal akan dibayar setelah memenuhi syarat tempoh menunggu dan keilatan tersebut hendaklah berlaku sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan.
3. Penambahan kadar kematian dan/atau Sumbangan tambahan pekerjaan akan dikenakan ke atas profil Peserta dan definisi TPD. Sumbangan tambahan akan dikira sebagai faktor pengganda kepada kadar bersih minimum. Tiada sebarang diskaun yang akan diberikan kerana kadar tersebut adalah kadar bersih minimum.
4. Tiada tunggakan Sumbangan.
5. Sebarang keadaan sedia wujud sebelum menyertai Rider ini adalah dikecualikan daripada menerima faedah pelan.
JUMLAH KADAR SUMBANGAN TAHUNAN
(Berdasarkan RM 50,000 Jumlah Perlindungan)
Jumlah Sumbangan Kasar Tahunan yang harus dibayar adalah berbeza bergantung kepada keperluan pengunderitan seperti umur, jantina, tempoh manfaat dan manfaat perlindungan yang dipohon. Contohnya untuk Jumlah Perlindungan RM 50,000 adalah seperti di bawah:
Kadar di bawah mengandaikan bahawa Orang Yang Dilindungi yang dicadangkan tiada masalah perubatan/ kesihatan, risiko pekerjaan atau tabiat yang mungkin memerlukan Sumbangan tambahan.
Sumbangan pembaharuan adalah tidak dijamin dan pihak Takaful IKHLAS berhak untuk menyemak kadar Sumbangan setiap Orang Yang Dilindungi semasa ulang tahun Sijil berdasarkan pengalaman tuntutan untuk keseluruhan portfolio. Syarikat akan memberi 3 bulan notis bertulis kepada Pemilik Sijil sekiranya berlaku penyemakan semula Sumbangan atau penarikan-balik produk. Sumbangan boleh diubah sekiranya pengalaman tuntutan semakin meningkat, terdapat perubahan terhadap sebarang manfaat produk dan/atau profil risiko Orang Yang Dilindungi. Sebab-sebab untuk perubahan ini adalah tidak terhad dan Sumbangan juga boleh disemak-semula di atas alasan-alasan lain yang munasabah.
IKHLAS FAMILY INCOME TAKAFUL RIDER PLUS -Sokongan yang berterusan untuk mereka yang tersayang
PASTIKAN KELUARGA ANDA SENTIASA DILINDUNGI
Tahukah anda bahawa pendapatan anda adalah
aset paling penting?Tidak dinafikan, takaful mampu membantu sekiranya
anda ditakdirkan kehilangan sumber pendapatan - disebabkan
kematian.Tetapi bagaimana pula jika anda kehilangan pendapatan semasa
anda masih hidup?Berapa lamakah anda mampu bertahan tanpa pendapatan
yang tetap?IKHLAS Family Income Takaful Rider Plus menyediakan anda dan keluarga anda jaminan.Sekiranya berlaku kematian, kehilangan upaya kekal dan menyeluruh atau didiagnos menghidap penyakit kritikal, manfaat bulanan pelan Rider ini mampu meringankan bebanan kewangan keluarga anda.Pelan Takaful Rider ini hanya boleh disertakan dengan Pelan Asas.
APAKAH YANG DILINDUNGI OLEH IKHLAS INCOME TAKAFUL RIDER PLUS??
Pelan ini memberikan anda salah satu daripada manfaat ini:Manfaat Kematian
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)
Sekiranya berlaku kematian kepada Peserta, disebabkan oleh sebarang sebab, Manfaat Pendapatan Bulanan (MIB) akan dibayar kepada waris Peserta atau keluarga terdekat sepanjang baki tempoh Sijil.
Manfaat Kehilangan Upaya Kekal Dan Menyeluruh (TPD)
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)
Sekiranya berlaku TPD kepada Peserta, yang diakibatkan oleh sebarang sebab, MIB akandibayar kepada Peserta untuk sepanjang baki tempoh Sijil.
Manfaat Penyakit Kritikal
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)
Sekiranya Peserta dikenalpasti dan disahkan oleh pegawai perubatan menderita akibat salah satu (1) daripada penyakit kritikal, MIB akan dibayar kepada Peserta untuk sepanjang baki tempoh Sijil.
Penamatan Sijil
(Manfaat ini tidak dijamin)
Jumlah pembayaran sekaligus di mana jumlah baki di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar apabila Penamatan Sijil berlaku.
SYARAT DAN HAD UMUR
Umur Kemasukan:
18 hingga 60 tahun, umur pada harijadi akan datang, lelaki/perempuan, bekerja
Jumlah Perlindungan:
Minimum – RM 1,200
Maksimum – Mana-mana yang terendah di antara berikut:
i) Pendapatan tahunan sebenar pemohon (pada masa menyertai pelan)
ii) Sehingga RM 120,000 pendapatan tahunan
iii) Sumbangan Rider ini tidak melebihi Sumbangan Pelan Asas
Umur Matang:
Sebaik sahaja Peserta mencapai umur 65 tahun
Tempoh Perlindungan:
Minimum – 5 tahun
Maksimum – 47 tahun, tertakluk kepada Pelan Asas
MENGAPA IKHLAS
FAMILY INCOME TAKAFUL RIDER PLUS?
IKHLAS Family Income Takaful Rider Plus direka khusus untuk memberi perlindungan kewangan sekiranya anda mengalami TPD atau disahkan menghidap mana-mana penyakit kritikal (seperti disenaraikan di dalam Sijil). Sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit kritikal, Jumlah Perlindungan akan dibayar tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
1. Definasi TPD adalah berdasarkan kepada “Pekerjaan Sendiri atau Pekerjaan yang Sesuai”.
2. Manfaat keilatan kekal akan dibayar setelah memenuhi syarat tempoh menunggu dan keilatan tersebut hendaklah berlaku sekurang-kurangnya selama enam (6) bulan.
3. Penambahan kadar kematian dan/atau Sumbangan tambahan pekerjaan akan dikenakanke atas profil Peserta dan definisi TPD. Sumbangan tambahan akan dikira sebagai factor pengganda kepada kadar bersih minimum. Tiada sebarang diskaun yang akan diberikan kerana kadar tersebut adalah kadar bersih minimum.
4. Tiada tunggakan Sumbangan.
5. Keadaan kesihatan sebelum menyertai Rider ini adalah dikecualikan daripada menerima faedah pelan.
IKHLAS HOSPITAL BENEFIT TAKAFUL RIDER PLUS -Menghulurkan bantuan bagi ketenangan anda.
MENYOKONG ANDA SEMENTARA ANDA KEMBALI PULIH
APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS BENEFIT TAKAFUL RIDER PLUS???
Manfaat Kemasukan Hospital
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)
i) Sekiranya Peserta dimasukkan ke hospital di mana-mana hospital atau Pusat Perubatan yang diluluskan oleh pihak Syarikat, manfaat penghospitalan akan dibayar, hanya sekiranya Peserta dimasukkan ke hospital lebih dari enam (6) jam (tidak termasuk Rawatan Penjagaan Harian) yang mana pihak hospital mengenakan caj bilik hospital dan makanan.
ii) Bilangan maksimum hari ialah:
• 180 hari setiap semasa dimasukkan ke hospital
• 365 hari dalam agregat yang timbul dari semua punca-punca kemasukan ke hospital, dengan itu Rider akan ditamatkan. Had agregat adalah untuk seumur hidup Peserta
Manfaat Serahan Sijil
(Manfaat Takaful ini tidak dijamin)
Apabila Sijil diserahkan, Pemilik Sijil akan menerima jumlah baki di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA), jika ada.
Manfaat Matang
(Manfaat Takaful ini tidak dijamin)
Apabila Sijil telah mencapai tempoh matang, Pemilik Sijil akan menerima jumlah baki di dalam PRIA, jika ada.
SYARAT DAN HAD UMUR
Umur Kemasukkan:
30 hari - 60 tahun, umur pada harijadi akan datang, lelaki/perempuan
Pekerjaan Kelas 1, 2, 3 dan 4 (Peserta yang berumur kurang daripada 18 tahun akan dikelaskan sebagai Pekerjaan Kelas 2)
Jumlah Perlindungan:
Minimum - RM10 sehari
Maksimum - RM500 sehari
Tempoh Perlindungan:
Minimum - 5 tahun
Maksimum - 64 tahun, tertakluk kepada maksimum Pelan Asas
Umur Matang: Sehingga umur Peserta 65 tahun
IKHLAS IMMEDIATE DEATH EXPENSES TAKAFUL RIDER PLUS -Menghulurkan bantuan di saat anda memerlukannya.
MEMBERIKAN ANDA BANTUAN SAAT ANDA MEMERLUKANNYA
APAKAH YANG DILINDUNGI OLEH IKHLAS IMMEDIATE DEATH EXPENSES TAKAFUL RIDER PLUS COVER?
Manfaat Kematian kepada Peserta
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)
Apabila berlaku kematian kepada Peserta dalam tempoh Sijil, Jumlah Perlindungan beserta baki di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) Peserta akan dibayar sekaligus kepada waris Peserta atau keluarga terdekat, dan Sijil akan ditamatkan.
Manfaat Kematian Bagi Pasangan
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)
Apabila berlaku kematian kepada pasangan Peserta dalam tempoh Sijil, 50% Jumlah Perlindungan akan dibayar dalam sekaligus kepada Peserta. Manfaat ini tidak berkaitan untuk Peserta yang berumur 15 tahun dan ke bawah.
Manfaat Kematian Bagi Anak
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)
Apabila berlaku kematian kepada anak Peserta yang berumur 18 tahun ke bawah, boleh dilanjutkan kepada anak Peserta yang berumur 23 tahun ke bawah dengan syarat anak masih lagi belajar sepenuh masa, dalam tempoh Sijil, 25% Jumlah Perlindungan akan dibayar dalam sekaligus kepada Peserta. Manfaat ini tidak berkaitan untuk Peserta yang berumur 15 tahun ke bawah. Bilangan maksimum anak yang boleh dituntut adalah sehingga lima (5) orang semasa tempoh Sijil.
Manfaat Serahan Sijil
(Manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil diserahkan, Pemilik Sijil akan menerima jumlah baki di dalam PRIA, jika ada.
Manfaat Matang
(Manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil telah mencapai tempoh matang, Pemilik Sijil akan menerima jumlah baki di dalam PRIA, jika ada.
SYARAT DAN HAD UMUR
Umur Kemasukan:
Peserta:30 hari – 60 tahun, umur pada harijadi akan datang,
lelaki/perempuan
Pasangan:18 – 60 tahun, umur pada harijadi akan datang, hanya untuk seorang suami/ isteri
Anak: 30 hari – 15 tahun, umur pada harijadi akan datang, lelaki/perempuan
Jumlah Perlindungan:
Minimum – RM 1,000
Maksimum – RM 10,000
Tempoh Perlindungan:
Minimum – 5 tahun
Maksimum – 74 tahun, tertakluk kepada Pelan Asas
Umur Matang:
Sehingga 75 tahun
IKHLAS PAYOR SAVINGS TAKAFUL RIDER PLUS -Perlindungan kewangan yang menyeluruh untuk anda dan keluarga anda
RINGANKAN BEBANAN KEWANGAN KELUARGA ANDA
APAKAH YANG DILINDUNGI OLEH IKHLAS PAYOR SAVINGS TAKAFUL RIDER PLUS?
Manfaat Kematian
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh tabung Dana Risiko & Dana Khas)
Sekiranya berlaku kematian yang diakibatkan oleh semua sebab, kepada Pembayar di dalam tempoh Sijil masih berkuatkuasa, semua Sumbangan yang perlu dibayar pada masa akan datang (termasuk manfaat sampingan yang disertakan) akan dikecualikan.
Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh tabung Dana Risiko & Dana Khas)
Sekiranya berlaku TPD yang diakibatkan oleh semua sebab, kepada Pembayar di dalam tempoh Sijil masih berkuatkuasa, semua Sumbangan yang perlu dibayar pada masa akan datang (termasuk manfaat sampingan yang disertakan) akan dikecualikan.
Manfaat Penyakit Kritikal
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh tabung Dana Risiko & Dana Khas)
Sekiranya Pembayar menghidap salah satu daripda penyakit kritikal (seperti dinyatakan di dalam Sijil) ketika Sijil masih lagi berkuatkuasa, semua Sumbangan yang perlu dibayar pada masa akan datang (termasuk manfaat sampingan yang disertakan) akan dikecualikan. Penamatan Sijil (Manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil ditamatkan pada bila-bila masa dalam tempoh Sijil, baki di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar sekaligus kepada Pemilk Sijil atau Peserta atau keluarga terdekat.
SYARAT DAN HAD UMUR
Umur Kemasukan:
Peserta: 18 - 60 tahun, umur pada harijadi akan datang, lelaki/
perempuan
Pasangan:18 - 60 tahun, umur pada harijadi akan datang,
lelaki/perempuan
Anak: 30 hari - 18 tahun, umur pada harijadi akan datang, jika mengikuti pendidikan sepenuh masa
Umur Matang:
Apabila anak yang mencapai umur 18 tahun (atau maksimum sehingga 23 tahun, tertakluk kepada anak masih lagi belajar sepenuh masa), atau apabila Peserta mencapai umur 65 tahun, yang mana lebih awal
Apabila pasangan yang dilindungi mencapai umur 65 tahun, atau apabila Peserta mencapai umur 65 tahun, yang mana lebih awal.
Tempoh Perlindungan:
Minimum – 5 tahun
Maksimum – 47 tahun untuk pasangan dan 23 tahun untuk anak
MENGAPA IKHLAS PAYOR SAVINGS TAKAFUL RIDER PLUS?
Perlindungan akan dibayar tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
1. Definasi TPD adalah berdasarkan kepada “Pekerjaan Sendiri atau Pekerjaan yang Sesuai”.
2. Manfaat keilatan kekal akan dibayar setelah memenuhi syarat tempoh menunggu dan keilatan tersebut hendaklah berlaku sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
3. Penambahan kadar kematian dan/atau Sumbangan tambahan pekerjaan akan dikenakan ke atas profil Peserta dan definisi TPD. Sumbangan tambahan akan dikira sebagai factor pengganda kepada kadar bersih minimum. Tiada sebarang diskaun yang akan diberikan kerana kadar tersebut adalah kadar bersih minimum.
4. Tiada tunggakan Sumbangan.
5. Keadaan kesihatan sebelum menyertai Rider ini adalah dikecualikan daripada menerima faedah pelan.
IKHLAS REGULAR TOP- UP TAKAFUL RIDER PLUS -Perlindungan yang memberikan anda pulangan maksimum
PERLINDUNGAN YANG MEMBANTU ANDA MENABUNG
Pelan Rider ini hanya boleh disertakan dengan Pelan Asas.
APAKAH YANG DILINDUNGI OLEH
IKHLAS REGULAR TOP-UP TAKAFUL RIDER?
Apabila berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh terhadap Peserta atau Sijil telah matang, 100% jumlah terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar kepada waris Peserta. 5% yuran akan dicaj untuk setiap Sumbangan tambahan.
TEMPOH DAN HAD UMUR
Umur Kemasukkan: 30 hari - 60 tahun, umur pada harijadi akan datang, lelaki/ perempuan
Umur Tamat:Sehingga berusia 75 tahun, umur pada harijadi akan datang
Tempoh Perlindungan: Minimum: 5 tahun
Maksimum:74 tahun, tertakluk kepada Pelan Asas yang maksimum
PENGECUALIAN
Tiada pengecualian dikenakan di bawah pelan ini.
IKHLAS TERM TAKAFUL RIDER PLUS -Sokongan bagi anda dan keluarga di saat paling memerlukan.
MEMBERIKAN SOKONGAN KETIKA ANDA MEMERLUKANNYA
a) Jumlah Perlindungan Tetap
b)Jumlah Perlindungan Berkurangan mengikut Kadar Samarata
Pelan Takaful Rider ini hanya boleh disertakan dengan Pelan Asas.
APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS TERM TAKAFUL RIDER PLUS?
Manfaat Kematian
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)
Sekiranya berlaku kematian Orang Yang Dilindungi dalam tempoh Sijil, Jumlah Perlindungan Rider Bertempoh (TRSC) berserta baki daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) Peserta akan dibayar sekaligus kepada waris atau keluarga terdekat.
Keilatan Kekal Menyeluruh (TPD) (Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)
Sekiranya berlaku TPD kepada Orang Yang Dilindungi dalam tempoh Sijil, TRSC berserta baki daripada PRIA Peserta akan dibayar sekaligus kepada Orang Yang Dilindungi. Manfaat TPD hanya boleh melindungi Peserta yang berumur 65 tahun ke bawah.
Manfaat Serahan Sijil
(Manfaat Takaful ini tidak dijamin)
Apabila Sijil diserahkan/ditamatkan, Pemilik Sijil akan menerima jumlah baki di dalam PRIA, jika ada.
Manfaat Matang
(Manfaat Takaful ini tidak dijamin)
Apabila Sijil telah mencapai tempoh matang, Pemilik Sijil akan menerima jumlah baki di dalam PRIA, jika ada.
SYARAT DAN HAD UMUR
Umur Kemasukkan:
30 hari - 60 tahun, umur pada harijadi akan datang,
lelaki/perempuan
Jumlah Perlindungan:
Minimum – RM 10,000 Jumlah Perlindungan
Maksimum – 5 x Jumlah Asas Perlindungan, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan
IKHLAS WAIVER OF CONTRIBUTION TAKAFUL RIDER PLUS -Melepaskan anda dari bebanan di kala musibah
MELEPASKAN BEBANAN ANDA
APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS WAIVER OF CONTRIBUTIONS TAKAFUL PLUS?
Penamatan Sijil
(Manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil ditamatkan pada bila-bila masa dalam tempoh Sijil, baki di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar sekaligus kepada Peserta atau keluarga terdekat.
SYARAT DAN HAD UMUR
Umur Kemasukkan:18 - 60 tahun, umur pada harijadi akan datang, lelaki/perempuan
Umur Matang: Apabila Peserta mencapai 65 tahun, umur pada harijadi akan datang
Tempoh Perlindungan:
Minimum: 5 tahun
Maksimum: 47 tahun, tertakluk kepada maksimum Pelan Asas
No comments:
Post a Comment