Mengenai Produk IKHLAS Hajj Savings Plus
- Kehidupan penuh dengan ketidaktentuan.... jadi, rancanglah dengan bijak untuk melindungi kehidupan anda yang tidak ternilai.
PENGENALAN
IKHLAS HAJJ SAVINGS TAKAFUL adalah pelan
yang dipakejkan bersama IKHLAS Savings Takaful Plus (ISTP) dengan
penambahan kadar sumbangan, IKHLAS Immediate Death Expense Takaful Rider
Plus (IDE) dan IKHLAS Critical Illness Takaful Rider Plus (CI).Pelan ini mempunyai kumpulan sasaran tersendiri. Pelan ini dipakejkan sebagai pengumpulan dana bertujuan menunaikan ibadah Haji atau tujuan murni. Perlindungan yang disediakan untuk pelan ini termasuk faedah-faedah kematian dan hilang keilatan menyeluruh serta faedah penyakit kritikal.
APAKAH MANFAAT YANG DITAWARKAN OLEH IKHLAS HAJJ SAVINGS TAKAFUL?
1. FAEDAH KEMATIAN [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
Faedah kematian bersamaan dengan Jumlah Perlindungan campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada penama Peserta atau keluarga terdekat. Penama atau keluarga terdekat digalakkan untuk menggunakan sebahagian faedah kematian untuk membayar 'Badal Haji' bagi pihak Peserta.
2. FAEDAH TPD
[Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
Jika berlaku keilatan kekal menyeluruh kepada Peserta yang merangkumi terma yang terdapat di dalam Sijil, Jumlah Perlindungan campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada Peserta.
3. FAEDAH SEGERA KEMATIAN
[Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
Perbelanjaan Faedah Segera Kematian bersamaan RM2,000 akan dibayar dalam masa 24 jam (selepas penghantaran borang tuntutan, permit perkuburan atau sijil kematian kepada Syarikat) kepada penama Peserta atau keluarga terdekat.
4. FAEDAH PENYAKIT KRITIKAL PRA-BAYAR [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
RM10,000 akan dibayar apabila Peserta telah disahkan menghidapi penyakit-penyakit kritikal seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak Sijil. Pembayaran faedah di bawah faedah ini akan mengurangkan Jumlah Perlindungan asas.
* Sila rujuk kepada lampiran maklumat dan senarai semak IKHLAS Critical Illness Rider untuk keterangan lanjut.
5. FAEDAH PENAMBAHAN
[Faedah Takaful ini tidak dijamin]
Penambahan adalah Sumbangan tambahan yang berfungsi sebagai akaun simpanan biasa oleh institusi kewangan. Kadar penambahan akan ditentukan pada permulaan berdasarkan kepada jumlah jangkaan (atau kehendak) yang akan dicapai sehingga tempoh matan.
6. FAEDAH TEMPOH MATANG
[Faedah Takaful ini tidak dijamin]
Jumlah keseluruhan bersamaan dengan baki dalam PIA dan PRIA akan dibayar semasa tempoh matang.
TEMPOH DAN HAD UMUR
Umur Penyertaan
30 hari - 60 tahun, umur pada hari jadi berikutnya.
Umur Tamat Tempoh
Minimum mencapai umur 20 tahun dan Maksimum
mencapai umur 65 tahun
Tempoh Perlindungan
5, 10, 15, 20 dan 25 tahun
Pelan Pilihan:
Rujuk Jadual Pelan Pilihan
Jadual Pelan Pilihan
![]() |
![]() |
||||||||||||||||||||
|
sumber : http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/takafulKeluarga/basicHajjSavings.asp
No comments:
Post a Comment